Wednesday, February 15, 2012

100 Hari Mencari Cinta

Saya dah kawen yey!!!
Hai la nyawa, hai la badan, dulu kata nak kawen umor 30, tup2 umor 25 dah kawen!!!
Inilah yang dikatakan, jodoh dari langit... alhamdulillah!!! :P

Hari ni 15 Februari 2012, genap lah 70 hari saya berstatus isteri orang..yey!!!
Urm, pikir2 balik, camne la saya boleh setuju nak kawen dengan Dia..
Dulu memang anti lelaki.
Sangat xsuka lelaki yang diktator, garang & sweet talker..

Alih-alih mendirikan masjid dengan hero 32 yang:

1. Garang
2. Diktator
3. Sweet Talker
4. Kuat Merajuk
5. Cerewet makan
6. Ikut kepala die jek
7. Slalu nak menang bila cakap
8. Kuat ngusik sampai saya selalu nangis
9. Notti
10. & huh rajin mengata kat saya

Hmmmmmmmm...hai la jodohku dari langit ke 7..

Inilah yang dinamakan chenta itu buta.
Tak kenal darjat mahupon rupa.
Ingin selalu dekat bersama.
Teringatkan Dia buatku bahagia.
Sehidup semati kita berdua.
Oh chenta..

Lautan api akan ku renangi,
Puncak Himalaya sanggup ku daki,
Jurang Marina tega ku selami,
Ku hujung dunia akan kucari,
1000 tahun setia ku nanti.

Ok, sangat lah menipu,
Hihiiii... ^__^

Dia spesel, Dia buat aku jatuh chenta..Dia:

1. Bijak
2. Kelakar
3. Ada 6 sense tentang saya
4. Pandai memujuk
5. Selera serupa; suka makan&minum sihat!
6. Minat sama; hadap katun, sukan, makan, layan movie, suka cuba benda baru.
7. Pandai menunjukkan emosi
8. Berterus terang
9. Romantik, Pengasih, Penyayang
10. Sangat mengambil berat
11. Hormat wanita
12. Pendengar yang baik
13. Taf
14. Berilmu, beriman, beramal soleh
15. Comei bila senyum ekeke *blushin*
16. Slalu tachin my heart, my body & my soul
17. Bantu perbaiki peribadi saya
18. Selalu ada untuk saya

Senarai di atas, adalah sifat yang saya suka pada Dia.

Tapi, sememangnya..
Saya jatuh cinta kerana tiada sebab..hanya cinta..
Hadirnya dia membuatkan hatiku terdetik,
Dia dicipta untuk Aku..InsyaAllah.
*background bunyi angin dari belakang..

Aku dan dia,
Seperti langet dan bumi,
Bagaikan air melanggar api,
Kami ditemu untuk saling melengkap & membantu...

Ogos <3 November

OGOS

Suka berlawak.
Mudah tertawan padanya.
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
Pandai memujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego.
Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa.
Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari.
Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan.
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
Belajar untuk bertenang.
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih dan penyayang.
Suka mencari kawan



NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Sesuai jadi seorang doktor.
Cermat dan teliti.
Personaliti yang dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati.
Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
Cuba sampai berjaya.
Badan yang sasa.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
Suka duduk d irumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah



Moga Allah satukan hati kami selalu..

No comments:

Post a Comment