Tuesday, August 31, 2010
Awak...
Awak...
Nanti kalau kita tidak sependapat,
Mohon kita duduk bincang..tenang..tenang..
Mana yang terbaik..
Itu keputusan yang kita pilih.
Awak...
Kalau ada apa-apa yang awak rasa perlu awak tegur,
Mohon ditegur saya dengan berhikmah yea,
Kalau saya batu,mohon awak jadi air,
Ukir..bentuk saya dengan lembut,
Kalau awak perlu juga berkeras,
Mohon itu adalah pilihan yang terakhir.
Awak...
Mohon saya..tenang selalu sebelum buat apa-apa keputusan,
Letak lidah di hati,
Pahat hati pada akal,
Iman,islam ehsan...mohon sentiasa disemat,
Mohon agar tutur bicara,
Seperti hujan menyubur bumi,
Seperti rembulan menyinar malam,
Seperti bintang taburan di langit gelap,
Seperti matahari menghidupkan alam,
Seperti langit memayung bumi menabir angkasa,
Seperti sayangnya tuhan pada hambaNya.
Awak...
Saya mohon,
Agar kita sentiasa ingat matlamat kita di dunia ini,
Dari mana kita datang,
Kenapa kita datang,
Ke mana kita kan kembali,
Mohon sangat-sangat,
Kita senantiasa yakin,
Tawakal pada Sang Pencipta,
Selalu berdoa,
Diberi kejayaan di dunia dan akhirat,
Rahmat,redha dan cintaNya,langit kehidupan kita.
100% yea awak,tawakal kita padaNya...
Hidup dan mati kita hanya untukNya.
Awak...
Saya harapkan,
Awak selalu ingat,
Cinta,kasih sayang...
Kebahagian rumahtangga bukan terletak di tangan bapak,
Tetapi di tangan Allah..
Eheheee..saya gurau jek,
Mohon agar awak selalu ingat,
Hati-hati insan,Allah yang pegang,
Mohon kalau kasih sayang saya berkurang untuk awak,
Doakan saya yea awak.
Awak...
Awak apa khabar hari ini?
Apa khabar akal awak?
Hati awak sihat hari ni?
Iman awak dalam kondisi terbaik?
Jaga kesihatan awak yea...
Saya sayang awak...
-^____^-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment